Laughter is the best medicine, Gotong-royong
Laughter is the best medicine
Gotong-royong

Hari ini kitorang kemas remah sempena nk cuti ni. Kerja dibahagikan mengikut kebolehan masing. Yang berat buat kerja berat, yang laju buat keje laju-laju, yang kotor buat keje kotor.

Kita bermula dengan kerja berat,dapur dimana berlaku nya banjir besar selama beberapa bulan akibat dilanda Tsu-Iman, adik Tsunami. Task ini diserahkan kepada Afiq yg memakai boxer cheetah ala-ala Lady-Gaga. Beliau diberi kerja tersebut sebab beliau amat suka ke dapur setiap kali bangun pagi.

Kemudian, kerja yang cepat ialah vacuum karpet yang diambil oleh Kerel. Dia diberi kerja tersebut mengikut kebolehan nye yang pantas dan cekap. Beliau juga seorang yang tak penyabar dan asik nk cepat jer.

Kerja kotor kepada Ewen dan Acap, tapi bukan kerana diorang kotor, tapi sebab diorang pengguna jamban yang setia. Kadang diorang ambil masa yang lama semasa berada di dalam toilet untuk menikmati keindahan alam.

Ni adalah katil Kerel dimana tumblr di-update setiap kali ada masa lapang dan masa baca buku. Dia peminat setia band Iron Maiden dan Tokio Hotel. Sebab tu die tampal poster diorang. Bila dalam gelap poster tu selalu bergerak dan bertukar posisi masing-masing.

Dah abis kemas, kitorang pon balik cuti dan dinner di William. Nasi Goreng Tom Yam Ayam Pandan. Kami juga buat perbincangan tentang aktiviti kami semasa cuti. Yang hadiri, Iman , N , Acap, Aisya, Kerel, Ewen dan Afiq.

Lawak of the day:

Dari William tauke kedai makan, “Kalau nak search kedai aku kat GPS, tulis ‘Tapak Haram William’.Confirm jumpe punye”.